Blogger Layouts

Tuesday, 6 December 2011

Sultan Muzaffar Shah

Sultan Muzaffar Shah atau nama sebenarnya Raja Kassim ialah Sultan Melaka ke-5. Baginda memerintah dari 1446 hingga 1459. Sultan Muzaffar Shah bertanggungjawab menggubal Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka.


Melaka menjadi pusat pengajian agama Islam dan Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.

Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, kerajaan Melaka mula memperluas kuasanya.Kawasan yang berjaya dikuasai adalah Pahang, Inderagiri dan Kampar.Tindakan bijak Sultan Muzaffar Shah membolehkan kerajaan Melaka memperluas kuasanya.Antaranya ialah:  

·   Tun Perak dihantar untuk menghadapi serangan Siam terhadap Melaka. 
·    Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China.Kesannya ialah Melaka diiktiraf bukan sahaja oleh sebuah kuasa yang besar seperti China tetapi juga oleh kerajaan-kerajaan lain dirantau Asia Tenggara.
·    Kebijaksanaan baginda menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim di istana. Kesannya ialah wujud keamanan dalam negeri yang membolehkan baginda menumpukan usaha kepada perluasan kuasa. 

No comments:

Post a Comment