Blogger Layouts

Tuesday, 6 December 2011

Parameswara



Pemerintahan Kesultanan Melaka : 1400-1414
Gelaran          : Putera Sriwijaya
Lahir               : 1344, Palembang, Sriwijaya
Mangkat         : 1414, Melaka, Kesultanan Melaka
Pendahulu     : Paduka Seri Rana
                             Wira Kerma, Raja Temasek.
Pengganti      : Megat Iskandar Shah
Kerabat diraja  : Kerabat Diraja Melaka, Sriwijaya
Ayahanda          : Paduka Seri Rana Wira Kerma

Parameswara (1344-1414) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada 1402.

Parameswara yang menjadi raja Melaka ketika itu dikatakan menyedari bahawa usaha untuk memajukan Melaka adalah dengan emperkembangkan Islam kerana pedagang dari Gujerat , India dan pedagang Arab dari Timur Tengah ramai berdagang di Nusantara. Oleh itu,  menurut cerita itu, Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam pada 1414.



Tanggapan yang umum itu berasal daripada tanggapan salah bahawa Parameswara dan Sultan Megat Iskandar Shah adalah tokoh yang sama.

Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua nama itu adalah dua tokoh yang berasingan (Wang Gungwu, 1968). Sebenarnya,  Parameswara telah mangkat pada tahun 1414. Menurut laporan Ma Huan, Megat Iskandar Shah memeluk Islam ketika berumur 72 tahun kerana mengahwini puteri Raja Pasai dari Sumatera.

Melaka kemudiannya telah menjadi satu pelabuhan perniagaan yang terpenting di Asia Tenggara di mana kapal-kapal perniagaan dari pelbagai bangsa berhimpun.

Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka semakin menguntungkan Melaka. Cheng Ho atau Zheng He seorang yang berugama Islam. Nama Islam Cheng Ho ialah Ma Sam Pao. Ma bermaksud Mohamad. Ketika itu China ditadbir oleh Maharaja Yung Lo.

Kekuatan Kerajaan Melayu Melaka semakin terserlah di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446 - 1459) .Tenteranya berjaya menyekat serangan-serangan tentera Siam. Keadaan negara negara menjadi tenang dan kedudukan politiknya pula stabil.

No comments:

Post a Comment