Blogger Layouts

Tuesday, 6 December 2011

Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Negeri Melaka terletak di Semenanjung Malaysia yang menghadap Selat Melaka. Selat Melaka adalah jalan laut yang selamat di gunakan oleh perdagangan barang-barang dari Timur dan Barat seperti pedagang-pedagang Eropah, Asia Barat, Afrika Timur, Jepun dan China kerana ia terlindung daripada tiupan angin Monsun. Melaka yang terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara Timur dan Barat telah memberi kemudahan dan menjimatkan masa pedagang-pedagang dari India dan China. Pedagang-pedagang ini tidak perlu membuat perjalanan yang lengkap tetapi mereka boleh singgah di Melaka. Kecekapan sistem pentadbiran pelabuhan Melaka serta kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang menyebabkan pedagang-pedagang ini tertarik untuk datang ke negeri Melaka.

Pedagang-Pedagang
Ke Melaka
Dari Melaka
Pegu (Myanmar)
Permata, Perak, Makanan.
Kain, Tembikar.
Siam        (Negeri Thai)
Beras, Ikan Kering, Permata, Hamba Abadi.
Kain, Minyak Wangi.
China
Kain Sutera, Tembikar, Tembaga.
Biji Timah, Damar, Lada Hitam.
India
Kain, Senjata, Bahan Pencelup, Minyak Wangi.
Lada Hitam, Kayu Cendana, Bijih Timah, Emas, Kain Sutera.
Jawa
Beras, Rempah, Hamba Abadi.
Kain, Alat-Alat Besi.
Filipina
Emas, Makanan.
Kain, Tembaga.

No comments:

Post a Comment