Blogger Layouts
Loading...

Tuesday, 6 December 2011

Kedatangan kuasa luar ( Portugis)

  Penaklukan oleh Portugis

Pihak-pihak yang menjajah Negara kita mempunyai tujuan tersendiri untuk datang dan menjajah Negara kita. Orang Portugis datang ke Melaka pada tahun 1509. Pada masa ini rempah yang banyak terdapat di Negara Asia tenggara menjadi tarikan kepada orang Eropah ke Timur untuk merebut peluang perdagangan rempah.

Pada masa ini, Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara. Portugis juga datang ke Melaka untuk meyebarkan agama Kristian. Pihak Portugis telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Lopez de Sequiera untuk berdagang di Melaka. Pihak Melaka telah menangkap Lopez de Sequiera dan rombongannya kerana menyangka ia hendak menguasai Melaka seperti yang dilakukan terhadap India. Peristiwa ini menyebabkan Portugis menyerang Melaka.Pihak Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque telah menyerang dan menawan Melaka pada tahun 1511 dan mereka telah memerintah Melaka sehingga 1641. Sultan Mahmud dan rakyatnya telah berjuang bermati-matian untuk merpertahankan negeri Melaka tetapi mereka gagal kerana kekuatan kota A Famosa yang dibina oleh Portugis untuk mengalahkan Melaka

A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.


A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka

No comments:

Post a Comment