Blogger Layouts

Tuesday, 6 December 2011

Kedatangan kuasa luar (British)

 Penaklukan oleh British

Sebelum  menakluki  Tanah  Melayu, British  telah  menguasai  sebahagian  besar  India  dan  menjadikan  Madras, Calcuta  dan  Bombay sebagai pusat perdagangan.Orang British mula menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786,namun Pulau Pinang tidak berkembang maju.

British bercita-cita menguasai pelabuhan Melaka dan kawasan biji timah di Semenanjung Tanah Melayu.Pada tahun 1819 Orang British dibenarkan menduduki Singapura setelah memperalatkan Tengka Hussein sebagai Sultan Johor-Riau.Pada tahun 1824,Melaka telah diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.Orang British telah menggabungkan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebagai Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.

Semasa pemerintahan British, negeri-negeri seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah dipaksa untuk menerima seorang
Residen. Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor juga dipaksa untuk menerima seorang Penasihat Inggeris.
Orang British telah menjajah Tanah Melayu sehingga 31 Ogos 1957

No comments:

Post a Comment