Blogger Layouts

Tuesday, 6 December 2011

Bendahara Tun Perak

Tun Perak mula menjadi Bendahara semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.Tun Perak merupakan salah seorang pembesar yang berperanan penting dalam usaha memperluaskan kuasa kerajaan Melaka. Beliau berjaya menghalang serangan Siam pada tahun 1445.

·     Ketika itu beliau adalah penghulu Klang.
·    Strategi beliau ketika itu ialah mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing berpindah ke Melaka.Ini menaikkan semangat tenteranya untuk mempertahankan Melaka.

Semasa beliau menjadi Bendahara Melaka, serangan Siam sekali lagi dapat dipatahkan. Strategi beliau untuk mematahkan serangan Siam adalah dengan:

·  Menggunakan perhu kecil. Ini menyukarkan pihak Siam mengejar tentera Melaka
·  Mengikat jamung di pokok bakau. Ini dapat mengelirukan tentera Siam yang beranggapan 
   Melaka memiliki bilangan tentera yang ramai lalu berundur.

Satu lagi kejayaan Tun Perak adalah menakluki Pahang yang dikuasai Siam pada ketika itu.Tun Perak adalah seorang pembesar yang amat setia kepada sultan.Kesetiaan beliau dapat dibuktikan oleh peristiwa pembunuhan anaknya Tun Besar oleh putera Sultan Mansor Shah, iaitu Raja Muhammad
Ø Bendahara Tun Perak tidak menuntut bela tetapi hanya meminta agar Raja Muhammad tidak  
    dilantik menjadi pengganti sultan.
Ø Raja Muhammad akhirnya dihantar ke Pahang dan menjadi raja di sana.
Tindakan Tun Perak berjaya mewujudkan keamanan dalam kerajaan Melaka. Kesetiaan rakyat Melaka kepada sultan juga berjaya dikekalkan oleh beliau.



Bendahara Pembina Empayar



Setelah Tun Perak menjadi Bentara, beliau tidak digemari oleh Tun Ali, iaitu Bendahara ketika itu. Tun Ali yang berketurunan Tamil ketika itu sudahpun lanjut usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan yang hendak melantik Tun Perak sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau dengan perbalahan antara pembesar yang memungkinkan kejatuhan pentadbiran negara, baginda mengahwinkan Tun Ali dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, iaitu kakak kepada Tun Perak dan isteri baginda sendiri. Baginda yang sanggup menceraikan Tun Kudu menerima keputusan yang dijangkakan bahawa Tun Ali sudahpun berbaik dengan Tun Perak.
Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar Paduka Raja pada tahun 1456 sementara Tun Ali, Bendahara keempat, diantik sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja.

Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakala Kedah pula menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah menjadi sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negara-negara jiran yang lain.


Pelantik Raja

Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa untuk melantik raja Melaka. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai perkaitan persaudaraan dengannya. Sebaga contoh, Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik beliau merupakan anak saudara beliau.
Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan Perak menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga.

Sultan Alaudin Riayat Syah pula mangkat pada 1488 dan lazimnya, putera sulung baginda, Raja Menawar akan dilantik sebagai raja tetap baginda hanya dilantik sebagai Raja Kampar manakala putera Sultan Alaudin yang lebih muda yang juga merupakan cucu Tun Perak iaitu Raja Mahmud, telah dilantik sebagai Sultan Mahmud.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1498 ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah setelah bernaung di bawaah empat pemerintahan sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah. Setelah kematian beliau, baginda sultan melantik Tun Perpatih Putih, adik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6.

Anakanda

1.       Tun Zainal Abidin
2.       Tun Pikrama
3.       Tun Telanai
4.       Tun Besar

Sahabat

1.       Hang Ujal (gelaran: Tun Bija Setia)
2.       Sang Naweng
3.       Hang Busu (gelaran: Tun Bija Pikrama)
4.       Hang Tulus (gelaran: Tun Rakna) 

No comments:

Post a Comment